DAPATAN KAJIAN (TEMU BUAL PART 1)
ISMAIL BIN NORDIN D20191088968 Dapatan Kajian ( Kaedah Temu Bual - Guru A & B) Hasil dapatan kajian temu bual bersama beberapa orang guru tentang kaedah yang digunapakai sewaktu PdP di dalam kelas. Kaedah temu bual digunakan dalam kajian ini dengan menemual empat orang guru bagi mendapatkan maklumat berkaitan kaedah-kaedah digunakan oleh guru dalam proses mengajar di dalam bilik darjah. Transkrip Temu bual. SOALAN INFORMEN 1: GURU A Soalan 1 Apakah persiapan yang dilakukan oleh cikgu dari segi bahan mengajar sebelum memasuki kelas? Persiapan saya sebelum mengajar adalah akan menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) terlebih dahulu. Selepas itu, saya akan menyediakan bahan belajar, soalan-soalan untuk pelajar dan nota. Saya akan memberi nota dengan menggunakan bahan elektronik seperti pengajaran melalui projektor LCD. Soalan 2 Adakah cikgu membahagikan para pelajar di d...