DAPATAN KAJIAN ( Soal Selidik)

MUHAMMAD AIMAN BIN RADZI 
D20191089095

Dapatan Kajian

1. Hasil dapatan kajian borang soal selidik tentang kaedah yang digunakan oleh guru semasa PdP di dalam kelas.

Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan skala likert dan diananalisis secara peratusan. Borang soal selidik ini diberikan kepada 30 orang responden iaitu 30 orang pelajar. Borang soal selidik ini mempunyai 7 soalan.

Kaedah yang digunakan oleh guru dalam proses mengajar di dalam bilik darjah.

  Bilangan           YA   

(orang)

Peratusan

YA

(%)

Bilangan 

TIDAK

(orang)

     Bilangan

      TIDAK

(%)

1. Guru menggunakan bahan mengajar seperti LCD, Laptop di dalam kelas.

27

90.00

3

10.00

2. Guru membahagikan tugas secara berkumpulan di dalam kelas.

26

86.67

4

13.33

3. Guru membuat sesi soal jawab di dalam kelas.

28

93.33

2

6.67

4. Guru membuat sesi pembentangan kerja murid di dalam kelas.

24

80.00

6

20.00

5. Guru menggunakan kaedah interaksi dua hala bersama pelajar.

28

93.33

2

6.67

6. Perbincangan kumpulan di dalam kelas, guru akan membimbing kumpulan pelajar.

25

83.33

5

16.67

7.  Guru memberi penerangan tentang topik yang akan diajar sebelum memasuki kelas.

29

96.67

1

3.33































          Jadual 1: Analisis peratusan kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru dalam proses mengajar di dalam kelas.           

 

    Graf 1: Analisis Graf kaedah-kaedah digunakan oleh guru dalam proses mengajar di dalam bilik darjah.


Berdasarkan graf 1, palang bar B.1 guru menggunakan bahan mengajar seperti Lcd, laptop di di dalam kelas, seramai 27 orang responden  bersamaan dengan 90% menyatakan YA manakala seramai 3 orang responden bersamaan 10% memilih TIDAK.

Bagi palang bar B.2 guru membahagikan tugas secara berkumpulan di dalam kelas ialah seramai 26 orang bersamaan 86.67% responden menyatakan YA dan seramai 4 orang responden bersamaan 13.33% memilih TIDAK kepada guru membahagikan tugas secara berkumpulan di dalam kelas.

Selain itu, palang bar B.3 ialah tentang guru membuat sesi soal jawab di dalam kelas yang menyatakan YA seramai 28 orang responden bersamaan 93.33% manakala memilih TIDAK pula ialah seramai 2 orang responden bersamaan 6.67%.

Palang bar B.4 ialah guru membuat sesi pembentangan kerja murid di dalam kelas yang memilih YA adalah seramai 24 orang responden bersamaan 80.00% manakala TIDAK pula seramai 6 orang responden bersamaan 20.00% terhadap guru membuat sesi pembentangan kerja murid di dalam kelas.

Palang bar B.5 ialah guru menggunakan kaedah interaksi dua hala dengan pelajar seramai 28 responden bersamaan  93.33% menyatakan YA manakala TIDAK pula seramai 2 orang responden bersamaan 6.67% terhadap guru menggunakan kaedah interaksi dua hala dengan pelajar.

            Palang bar B.6 ialah dalam perbincangan kumpulan di dalam kelas, guru akan membimbing kumpulan pelajar terdapat 25 orang responden bersamaan 83.33% yang menyatakan YA manakala hanya terdapat seramai 5 orang responden bersamaan 16.67 % sahaja menyatakan TIDAK.

            Akhir sekali, palang B.7 adalah guru memberi penerangan tentang topik yang akan diajar sebelum memasuki kelas. Seramai 29 orang responden bersamaan 96.97% yang menyatakan YA manakala 1 orang responden bersamaan 3.33% menyatakan TIDAK.



























Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN KAJIAN (TEMU BUAL PART 1)

DAPATAN KAJIAN PEMERHATIAN ( PART 1)