DAPATAN KAJIAN (TEMU BUAL PART 1)

ISMAIL BIN NORDIN
D20191088968

Dapatan Kajian ( Kaedah Temu Bual - Guru A & B)

Hasil dapatan kajian temu bual bersama beberapa orang guru  tentang kaedah yang digunapakai sewaktu PdP di dalam kelas.

Kaedah temu bual digunakan dalam kajian ini dengan menemual empat orang guru bagi mendapatkan maklumat berkaitan kaedah-kaedah digunakan oleh guru dalam proses mengajar di dalam bilik darjah.

Transkrip Temu bual.

SOALAN

INFORMEN 1: GURU A

Soalan 1

Apakah persiapan yang dilakukan oleh cikgu dari segi bahan mengajar sebelum memasuki kelas?

 

Persiapan saya sebelum mengajar adalah akan menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) terlebih dahulu. Selepas itu, saya akan menyediakan bahan belajar, soalan-soalan untuk pelajar dan  nota. Saya akan memberi nota dengan menggunakan bahan elektronik seperti pengajaran melalui projektor LCD.

Soalan  2

Adakah cikgu membahagikan para pelajar di dalam kelas untuk membuat kerja berkumpulan?

 

Betul, saya akan membahagikan mereka dalam kumpulan yang bercampur diantara lelaki dan perempuan. Selepas itu, saya akan memberikan tugasan soalan kepada mereka untuk diselesaikan.

Soalan 3

Adakah cikgu membuat kaedah sesi interaksi dua hala bersama pelajar di dalam kelas?

 

Pernah, Kaedah ini saya gunakan untuk membolehkan saya mengetahui adakah pelajar di dalam kelas faham apa yang diajar

Soalan 4

Apakah aktiviti berkumpulan yang cikgu lakukan di dalam kelas bersama pelajar?

 

Kebiasaannya saya akan memberikan tajuk berkaitan soalan addmath, saya akan menyuruh pelajar mencari jalan penyelesaian soalan itu dan membentangkan bersama para pelajar lain. Saya akan menggunakan kertas Manjung.

Soalan 5

Adakah cikgu akan menyuruh para pelajar membentangkan hasil kerja berkumpulan di dalam kelas bersama murid lain?

 

Ya. Tujuan saya menyuruh pelajar membentangkan kerana untuk berkongsi jawapan dengan pelajar yang lain. Pelajar yang lain juga akan dapat bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain sekiranya mereka tidak faham.

Soalan 6

Bagaimanakah untuk mewujudkan interaksi yang baik diantara guru dan pelajar di dalam kelas?

 

Bagi saya, saya akan menjadikan pelajar saya mcm orang yang rapat dengan saya. Selain itu, saya akan bertanya adakah mereka faham apa yang diajar oleh saya. Saya juga akan menolong sekiranya terdapat segelintir pelajar yang lemah dalam subjek yang diajar oleh saya.

Soalan 7

Bagaimanakah cikgu menguruskan suasana bilik darjah?

 

Pada saya untuk menjadikan suasana bilik darjah baik itu mestilah bilik darjah tersebut cantik dan ceria. Bilik darjah tersebut mestilah dihiasi dengan maklumat-maklumat mata pelajaran serta nota-nota yang ringkas.

Soalan 8

Adakah cikgu membuat soal jawab bersama pelajar selepas menyampaikan sesi pembelajaran bersama pelajar?

 

Memang saya akan buat. Hal ini untuk membolehkan pelajar saya bertanyakan soalan yang tidak difahami oleh mereka dan saya akan memberi penerangan kepada mereka.


        Kajian temu bual ini menerangkan penilaian analisis data berdasarkan tindak balas informen terhadap soalan soalan yang diberikan, rujukan dan pemerhatian yang telah dijalankan oleh kami. Soalan-soalan kami ialah untuk mengetahui kaedah yang digunapakai sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan transkrip temu bual dari informen yang pertama, guru tersebut akan memulakan proses PdP dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Semasa proses pembelajaran bermula, guru akan memberi nota melalui paparan LCD. Guru juga akan membahagikan murid-muridnya dalam beberapa kumpulan di mana satu kumpulan akan dicampurkan lelaki dan juga perempuan. Kemudian murid-murid tersebut akan diberikan tugas untuk diselesaikan. Setelah selesai tugasan, murid akan membentangkan di hadapan murid lain. Hal ini memudahkan mereka untuk bertukar-tukar pendapat sekiranya tidak faham. Selain itu, guru juga akan berkomunikasi dengan kaedah interaksi dua hala bagi memudahkan guru mengetahui apa yang murid-murid tidak faham. Seterusnya guru tersebut berpendapat, bilik darjah haruslah ceria dan cantik dan mesti dihiasi dengan maklumat-maklumat seperti nota ringkas dilekatkan di dinding. Akhir sekali murid-murid diberikan peluang untuk bertanya kepada guru mereka soalan-soalan yang mereka tidak faham selepaps tamatnya sesi PdP.




SOALAN

INFORMEN 2: GURU B

Soalan 1

Apakah  persiapan yang dilakukan oleh cikgu dari segi bahan mengajar sebelum memasuki kelas?

 

Saya akan membuat RPH terlebih dahulu. Selepas itu saya akan memberi nota kepada pelajar sebelum saya memasuki kelas. Selepas itu kami akan berbincang bersama-sama.

Soalan  2

Adakah cikgu membahagikan para pelajar di dalam kelas untuk membuat kerja berkumpulan?

 

Saya akan membahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan menyuruh mereka berbincang bersama-sama berkaitan topik yang saya berikan kepada mereka.

Soalan 3

Adakah cikgu membuat kaedah sesi interaksi dua hala bersama pelajar di dalam kelas?

 

Kaedah  ini saya selalu gunakan kerana ia dapat membantu saya mengetahui tentang bagaimana pelajar saya dapat memahami apa yang diajar. Saya akan bertanya soalan kepada mereka.

Soalan 4

Apakah aktiviti berkumpulan yang cikgu lakukan di dalam kelas bersama pelajar?

 

 Saya akan membuat test speaking. Selain itu, saya akan memberi sebuah kertas besar dan berbincang. Seperti contohnya, kesan-kesan pemanasan global kepada alam sekitar.

Soalan 5

Adakah cikgu akan menyuruh para pelajar membentangkan hasil kerja berkumpulan di dalam kelas?

 

Sudah semestinya. mereka dapat berkongsi maklumat di dalam kelas bersama pelajar yang lain serta meningkatkan keyakinan bercakap di khalayak ramai.

Soalan 6

Bagaimanakah untuk mewujudkan interaksi yang baik diantara guru dan pelajar di dalam kelas?

 

Selalu bertanya khabar, sekiranya pelajar itu tidak faham dalam sesuatu topik, bantu mereka dengan menyuruh pelajar yang pandai untuk membantu mereka.

 Soalan 7

 Bagaimanakah cikgu menguruskan suasana bilik darjah?

 

Kelas mestilah bersih, kelas mestilah mempunyai kelengkapan yang cukup seperti alat pembelajaran yang selesa kepada pelajar.

Soalan 8

Adakah cikgu membuat soal jawab bersama pelajar selepas menyampaikan sesi pembelajaran bersama pelajar?

 

Betul, pelajar yang tidak faham akan bertanya dan saya akan menjawab serta memberi bantuan kepada pelajar yang tidak memahami tersebut. Saya juga akan memberi soalan kepada mereka untuk dijawab diakhir sesi pembelajaran untuk mengetahui adakah sesi pembelajaran yang diajar oleh saya difahami oleh pelajar.

 

    Bagi informen yang kedua pula, ianya lebih kurang sama dengan yang pertama iaitu semasa proses pembelajaran bermula, guru akan memberi nota-nota sebelum masuk ke kelas dan akan mengadakan sesi perbincangan antara murid dan guru. Selain itu, guru juga akan membahagikan kumpulan dan akan menyuruh mereka untuk berbincang tentang topik-topik yang akan dipelajari. Setelah selesai tugasan berbincang, murid akan membentangkan di hadapan murid lain. Hal ini akan meningkatkan keyakinan bercakap dikhalayak ramai. Selain itu, guru juga akan berkomunikasi dengan kaedah interaksi dua hala bagi memudahkan guru membantu pelajar yang tidak dapat memahami apa yang diajar dan menyuruh pelajar yang lebih mahir untuk membantu kawan mereka. Seterusnya guru tersebut berpendapat, kelas mestilah bersih, mempunyai kelengkapan yang cukup. Hal ini kerana ianya akan memberi keselesaan kepada guru dan juga murid-murid. Akhir sekali bagi murid yang tidak faham, guru tersebut akan cuba memberi bantuan kepada murid yang tidak memahami. Guru di informen kedua ini juga akan memberi soalan diakhir sesi pembelajaran untuk mengetahui adakah apa yang diajar olehnya difahami ataupun tidak.








 


 


Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN KAJIAN ( Soal Selidik)

DAPATAN KAJIAN PEMERHATIAN ( PART 1)