DAPATAN KAJIAN PEMERHATIAN ( PART 1)
Kaedah Pemerhatian (1-2)
Hasil dapatan kajian kaedah pemerhatian berkaitan pengurusan alam pembelajaran yang dijalankan oleh para guru di dalam kelas.
Kaedah pemerhatian ini digunakan untuk melihat bagaimanakah kaedah yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran mereka di dalam kelas. Terdapat empat kelas yang telah diperhatikan bagi tujuan kajian ini. Pemerhatian dilakukan dengan melihat sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran guru di dalam kelas.
KELAS | PEMERHATIAN | ||
| SEBELUM | SEMASA | SELEPAS |
KELAS 1 | 1.Guru membuat RPH sebelum memasuki kelas. 2.Guru menerangkan berkaitan topik yang diajar menggunakan alat bantu mengajar iaitu LCD.
| 1.Guru membahagikan beberapa kumpulan di dalam kelas. 2. Guru memberikan tugasan soalan kepada setiap kumpulan 3. Setiap kumpulan berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru 4.Setiap kumpulan perlu membentangkan tugasa yang diberi di dalam kelas | 1.Guru menerangkan semula apa yang dipelajari di dalam kelas kepada pelajar. 2. Guru membuat sesi soal jawab bersama pelajar. 3. Guru membuat sesi interaksi dua hala bersama pelajar. 4. Pelajar bertanya kepada guru tentang permasalahan topik yang diajar hari ini. |
KELAS 2 | 1.Guru menyediakan bahan alat mengajar seperti nota, pembaris dan jangka lukis. | 1. Guru memberi penerangan tentang perkiraan suhu di dalam subjek Geografi. 2. Guru memberi latihan. | 1.Guru membuat refleksi bersama pelajar tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut. 2. Guru membuat soal jawab bersama murid. |
Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang digunakan untuk
memperoleh data hasil daripada kajian yang dijalankan. Salah satu cara yang
digunakan ialah kaedah pemerhatian. Kaedah pemerhatian digunakan adalah untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan dan ia merupakan salah satu alternatif yang
ada dalam pengumpulan maklumat dan soal selidik. Melalui pemerhatian. Kita
dapat mengetahui sesuatu perkara yang dikaji dan dapat memperoleh maklumat
dengan tepat berdasarkan kaedah pemerhatian ini. Wujudnya kaedah pemerhatian
ini adalah untuk memudahkan para penyelidik untuk memperolehi dan mengumpul
setiap data dan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang diselidik. Bukan itu
sahaja, melalui kaedah pemerhatian ini, penyelidik dapat melihat dengan sendiri
yang ingin dicari. Berdasarkan kajian yang kami buat, hasil pemerhatian yang
diperolehi semasa menjalankan kajian, kami dapat mengenalpasti persekitaran
sekolah dan melihat keadaan serta suasana yang wujud dalam bilik darjah. Selain
itu, kami juga memerhati hubungan komunikasi antara guru dengan pelajar. Akhir
sekali ialah kami mengetahui kaedah yang digunakan oleh guru kepada pelajar
semasa sesi pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah yang kami pilih.
Berdasarkan kajian di sekolah yang dipilih, saya telah melakukan kaedah
pemerhatian terhadap kelas 1 dan juga kelas 2.
Berdasarkan
hasil pemerhatian kami di kelas 1, kami dapati tindakan guru adalah berbeza
iaitu sebelum, semasa dan juga selepas sesi pengajaran guru di dalam kelas. Data
yang diperolehi, sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru di
kelas 1 membuat Rancangan Pembelajaran Harian(RPH) sebelum memasuki kelas.
Kemudian, guru tersebut menerangkan berkaitan topik yang hendak diajar olehnya
menggunakan alat bantu mengajar iaitu LCD. Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, guru di kelas 1 itu telah membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan di dalam kelas. Selepas selesai membahagi kumpulan, guru
tersebut memberikan tugasan berbentuk soalan kepada setiap kumpulan. Setiap
kumpulan berbincang Bersama-sama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan
oleh guru tersebut. Berdasarkan apa yang dibincangkan dalam kumpulan, setiap
kumpulan perlu membentangkan penyelesaian tugasan yang diberikan. Selepas tamat
sesi pengajaran dan pembelajaran, guru menerangkan semula apa yang dipelajari
di dalam kelas kepada pelajar. Kemudian, guru tersebut membuat sesi soal jawab
Bersama pelajar untuk menguji kefahaman pelajar. Berdasarkan sesi soal jawab
itu, guru telahpun membuat sesi interaksi dua hala bersama pelajar-pelajar itu.
Kemudian, pelajar bertanyakan soalan kepada guru tentang permasalahan topik
yang diajar pada hari tersebut.
Situasi berbeza apabila di kelas 2 berbanding dengan kelas 1. Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan, guru di kelas 2 telah menyediakan bahan alat bantu mengajar seperti nota, pembaris dan juga jangka lukis. Bahan bantu mengajar ini disediakan kerana guru tersebut mengetahui topik apa yang hendak diajar olehnya pada hari tersebut. Semasa di dalam kelas dan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru tersebut telah memberi penerangan kepada pelajar-pelajarnya tentang perkiraan suhu di dalam subjek geografi. Berdasarkan penerangan yang diberikan kepada pelajar, guru tersebut memberikan Latihan untuk menguji kefahaman anak muridnya. Selepas sesi pengajaran dan pembelajarn hamper berakhir, guru tersebut membuat refleksi bersama pelajar tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut. Kemudian, guru tersebut juga membuat sesi soal jawab bersama pelajar untuk mengenalpasti masalah apa yang dialami oleh pelajarnya.
Berdasarkan pemerhatian di dua kelas ini, kami dapati bahawa setiap guru menggunakan pendekatan yang berbeza semasa di dalam kelas. Walaubagaimanapun, pendekatan yang digunakan adalah cara guru-guru mengajar mengikut kreativiti masing-masing supaya pelajar-pelajarnya faham topik yang ingin disampaikan pada hari tersebut.
Comments
Post a Comment