DAPATAN KAJIAN PEMERHATIAN ( PART 2 )

ZURIEDA NORLIANI BINTI MOHD RANI ( D20191088960)

Kaedah Pemerhatian (3-4)

Dapatan kajian kami yang seterusnya adalah berdasarkan kaedah pemerhatian. Daripada kaedah pemerhatian kami telah pergi ke 4 buah kelas dan di bawah ini merupakan kelas yang ketiga dan keempat.

KELAS

PEMERHATIAN

 

SEBELUM

SEMASA

SELEPAS

KELAS 3

1. Guru membuat RPH terlebih dahulu.

1.Guru menerangkan topik yang hendak diajar pada harini.

2. Memberikan nota dengan menggunakan bahan mengajar iaitu LCD.

3.Guru membuat beberapa kumpulan dan memberikan tugasan soalan.

4. Setiap kumpulan akan dibantu oleh guru dan dibimbing.

5. Guru membuat kaedah interaksi dua hala bersama murid di dalam kelas.

1. Setiap kumpulan akan membentangkan kepada murid yang lain.

2. Guru akan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh setiap kumpulan.

3.Guru membuat sesi soal jawab bersama murid.

 

KELAS 4

1. Guru membuat RPH terlebih dahulu.

2.  Guru membuat bahan bacaan nota kepada murid.

1. Guru memberi nota kepada murid.

2. Pelajar berada dalam beberapa kumpulan.

3. Terdapat interaksi dua hala.

4. Guru berbincang bersama murid   berdasarkan nota.

1. Guru membuat soal jawab bersama murid tentang topik yang diajar.



    Melalui kaedah pemerhatian kami ke kelas yang ketiga, dapat kami simpulkan bahawa di kelas 3, sebelum guru memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran atau PdP, beliau akan membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terlebih dahulu. Kemudian, semasa sesi PdP dijalankan, kami melihat pertama sekali guru menerangkan topik yang akan dipelajari pada hari tersebut. Ini adalah untuk memberi gambaran awal kepada murid-murid tersebut berkenaan topik yang akan mereka pelajari sekaligus memudahkan mereka untuk mempelajari topik tersebut dengan cepat. Seterusnya, apabila selesai sesi 'briefing', guru tersebut kemudian memberikan nota kepada murid-murid melalui Alat Bantu Mengajar (ABM) iaitu LCD Projektor. Ini jelas menunjukkan bahawa guru di Sekolah A sememangnya menggunakan ABM secara langsung dengan murid-murid bagi memudahkan PdP di dalam bilik darjah. Kemudian, guru mula membuat beberapa kumpulan dan memberikan tugasan secara berkumpulan kepada pelajar dan kami melihat guru mula bertindak sebagai fasilitator di mana setiap kumpulan dibantu oleh guru dan dibimbing di dalam bilik darjah. Tidak lupa juga, kami melihat guru membuat kaedah interaksi dua hala bersama murid di dalam kelas. Selepas selesai sesi PdP di dalam kelas, guru mengarahkan untuk setiap kumpulan membentangkan perbentangan mereka kepada murid yang lain di dalam kelas. Sepanjang sesi perbentangan tersebut, guru akan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh kumpulan tersebut. Akhir, barulah sesi soal jawab dimulakan antara guru dan murid. Ini adalah untuk guru meneliti tahap kefahaman murid di dalam bilik darjah.

    Seterusnya, di kelas 4 kami dapat simpulkan bahawa sebelum guru memulakan sesi Pengajaran  dan Pembelajaran atau PdP, beliau terlebih dahulu akan membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan membuat bahan bacaan nota kepada pelajar sebelum memulakan proses pengajaran. Kemudian semasa sesi PdP dijalankan kami melihat guru tersebut terlebih dahulu memberi nota kepada pelajar dan keadaan pelajar siap sedia berada dalam beberapa kumpulan yang telah di bahagikan. Hal ini sebenarnya memudahkan proses PdP kerana terdapat interaksi dua hala antara murid dengan guru.Interaksi sebegini  menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses PdP dengan menyoal sekiranya tidak faham dengan topik yang diajar dan memudahkan guru untuk meminta pendapat mereka. Seterusnya, kami melihat pelajar terlebih dahulu akan membaca nota yang telah diberikan oleh guru kepada mereka. Setelah selesai membaca nota yang diberikan, guru akan melakukan perbincangan bersama murid-murid berdasarkan nota tadi. Akhir sekali guru akan melakukan sesi soal jawab bersama murid tentang topik yang diajar untuk memastikan setiap pelajar faham akan pembelajaran pada hari tersebut dan meneliti tahap kefahaman murid semasa proses pembelajaran di bilik darjah.

Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN KAJIAN (TEMU BUAL PART 1)

DAPATAN KAJIAN ( Soal Selidik)

DAPATAN KAJIAN PEMERHATIAN ( PART 1)