DAPATAN KAJIAN ( TEMU BUAL PART 2)

NURUL HUSNA BT MOHD AZLI
 (D20191089102)

Dapatan Kajian ( Kaedah Temu Bual - Guru C & D)

Hasil dapatan kajian temu bual bersama beberapa orang guru  tentang kaedah yang digunapakai sewaktu PdP di dalam kelas.

Kaedah temu bual digunakan dalam kajian ini dengan menemual empat orang guru bagi mendapatkan maklumat berkaitan kaedah-kaedah digunakan oleh guru dalam proses mengajar di dalam bilik darjah.

Transkrip Temu bual.

SOALAN

INFORMEN 3: GURU C

Soalan 1

Apakah persiapan yang dilakukan oleh cikgu dari segi bahan mengajar sebelum memasuki kelas?

 

 Saya akan membuat RPH terlebih dahulu. Selepas itu saya akan memberi nota kepada pelajar sebelum saya memasuki kelas. Selepas itu kami akan berbincang bersama-sama.

Soalan  2

Adakah cikgu membahagikan murid di dalam kelas untuk membuat kerja berkumpulan?

 

Saya akan membahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan menyuruh mereka berbincang bersama-sama berkaitan topik yang saya berikan kepada mereka.

Soalan 3

Adakah cikgu membuat kaedah sesi interaksi dua hala bersama murid di dalam kelas?

 

Kaedah ini saya selalu gunakan kerana ia dapat membantu saya mengetahui tentang bagaimana pelajar saya dapat memahami apa yang diajar. Saya akan bertanya soalan kepada mereka.

Soalan 4

Apakah aktiviti berkumpulan yang cikgu lakukan di dalam kelas bersama murid?

 

Saya akan membuat test speaking. Selain itu, saya akan memberi sebuah kertas besar dan berbincang. Seperti contohnya, kesan-kesan pemanasan global kepada alam sekitar.

Soalan 5

Adakah cikgu akan menyuruh para pelajar membentangkan hasil kerja berkumpulan di dalam kelas?

 

Sudah semestinya. mereka dapat berkongsi maklumat di dalam kelas bersama pelajar yang lain serta meningkatkan keyakinan bercakap di khalayak ramai.

Soalan 6

Bagaimanakah untuk mewujudkan interaksi yang baik diantara guru dan murid di dalam kelas?

 

Selalu bertanya khabar, sekiranya pelajar itu tidak faham dalam sesuatu topik, bantu mereka dengan menyuruh pelajar yang pandai untuk membantu mereka.

Soalan 7

Bagaimanakah cikgu menguruskan suasana bilik darjah?

 

Kelas mestilah bersih, kelas mestilah mempunyai kelengkapan yang cukup seperti alat pembelajaran yang selesa kepada pelajar.

Soalan 8

Adakah cikgu membuat soal jawab bersama pelajar selepas menyampaikan sesi pembelajaran bersama murid?

 

Betul, pelajar yang tidak faham akan bertanya dan saya akan menjawab serta memberi bantuan kepada pelajar yang tidak memahami tersebut. Saya juga akan memberi soalan kepada mereka untuk dijawab diakhir sesi pembelajaran untuk mengetahui adakah sesi pembelajaran yang diajar oleh saya difahami oleh pelajar.

 

SOALAN

INFORMEN 4: GURU D

Soalan 1

Apakah persiapan yang dilakukan oleh cikgu dari segi bahan mengajar sebelum memasuki kelas?

 

Kebiasaannya, saya akan membuat RPH dahulu sebelum memasuki kelas. Menyediakan soalan untuk diberikan kepada pelajar di dalam kelas.

Soalan  2

Adakah cikgu membahagikan murid di dalam kelas untuk membuat kerja berkumpulan?

 

Sememangnya saya akan membuat kumpulan dan memberikan soalan kepada mereka.

Soalan 3

Adakah cikgu membuat kaedah sesi interaksi dua hala bersama murid di dalam kelas?

 

Betul, saya akan membuat kaedah ini dalam PDP saya di dalam kelas.

Soalan 4

Apakah aktiviti berkumpulan yang cikgu lakukan di dalam kelas bersama murid?

 

 Berbincang diantara satu sama lain, selain itu mencari bahan maklumat bersama-sama.

Soalan 5

Adakah cikgu akan menyuruh para pelajar membentangkan hasil kerja berkumpulan di dalam kelas?

 

Selepas membuat kerja tersebut, saya akan menyuruh mereka untuk berkongsi maklumat yang telah mereka dapati bersama pelajar yang lain.

Soalan 6

Bagaimanakah untuk mewujudkan interaksi yang baik diantara guru dan murid di dalam kelas?

 

Guru perlu mengetahui tentang masalah pelajar. Selain itu, membantu sekiranya mereka mempuyai masalah.

Soalan 7

Bagaimanakah cikgu menguruskan suasana bilik darjah?

 

Sesebuah kelas itu mestilah mempunyai kelengkapan alat belajar yang lengkap agar  memudahkan guru untuk mengajar.

Soalan 8

Adakah cikgu membuat soal jawab bersama pelajar selepas menyampaikan sesi pembelajaran bersama murid?

 

Saya akan bertanya kepada pelajar sekiranya terdapat topik yang agak susah difahami dan saya akan memberikan soalan kepada mereka untuk dijawab


Selanjutnya adalah, informen ketiga juga ditanyakan set soalan yang sama dan bagi temu bual untuk soalan yang pertama, beliau memberikan respon bahawa beliau sememangnya akan menyediakan RPH dan juga nota, kemudian nota tersebut dibincangkan bersama murid-murid. Kemudian, beliau juga akan mengadakan sesi kerja berkumpulan sekaligus mewujudkan interaksi dua hala guru dengan murid dan murid dengan murid. Seterusnya, di dalam aktiviti berkumpulan yang diadakan guru C akan mengadakan speaking test memandangkan subjek yang diajar merupakan subjek Bahasa Inggeris, beliau juga akan mengarahkan murid untuk membentangkan hasil kerja mereka di hadapan bilik darjah. Interaksi yang baik wujud apabila guru sering bertanyakan  khabar tentang muridnya, bukan itu sahaja, interaksi yang baik juga ada di dalam bilik darjah tersebut apabila guru meletakkan murid yang pandai untuk membantu mereka yang kurang mahir dalam subjek tersebut. Guru C juga menegaskan keadaan bilik darjah seharusnya bersih serta mempunya fasiliti yang cukup. Tidak lupa juga, sesi soal jawab juga dibuat setelah habis sesi PdP.

Informen kami yang keempat selaku guru D, beliau juga akan  menyediakan RPH dan beberapa set soalan sebelum memulakan kelas. Selain itu, kaedah interaksi juga sememangnya aktif dijalankan oleh guru D melalui aktiviti berkumpulan memandangkan beliau sememangnya akan mengadakan aktiviti berkumpulan setiap PdP dan juga menjadi fasilitator di dalam bilik darjah, manakala murid akan berbincang sesama sendiri bagi menyelesaikan tugas berkumpulan yang diberikan. Beliau juga berpendapat bahawa interaksi yang baik adalah apabila guru mengetahui masalah yang dimiliki oleh murid mereka dan membantu mereka agar keluar daripada kemelut masalah tersebut. Selain itu, kelas yang baik bagi beliau adalah kelas yang mempunyai kelengkapan lengkap termasuk Alat Bnatu Mengajar (ABM) bagi memudahkan kedua-dua pihak. Akhir sekali ialah, guru D juga mengadakan sesi soal jawab bersama murid sekiranya topik yang diajar agak sukar untuk difahami oleh murid.



Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN KAJIAN (TEMU BUAL PART 1)

DAPATAN KAJIAN ( Soal Selidik)

DAPATAN KAJIAN PEMERHATIAN ( PART 1)